Wednesday, November 24, 2010

ISIPADU CECAIR ( VOLUME OF LIQUIDS )

1.0 PENGENALAN

Matematik merupakan satu daripada empat mata pelajaran teras yang harus dikuasai oleh setiap murid sejak mereka menjejak kaki di bangku sekolah. Murid harus menguasai tiga kemahiran asas atau 3M yang terdiri dari kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira. Mengira merupakan satu kemahiran yang bertumpu kepada subjek matematik yang diajar sejak murid belajar di peringkat Pra-Sekolah lagi. Menurut Mok Soon Sang(1993), matematik menjadi satu alat yang berguna dalam kehidupan seharian yang dilahirkan dari kehendak dan keperluan menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian.

Setiap tahun persekolahan, kemahiran yang diajar bagi subjek matematik semakin bertambah dan semakin mencabar minda murid. Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Matematik(2004), ketika di peringkat Tahun 2 atau ketika murid berumur 8 tahun murid perlu mempelajari kemahiran-kemahiran yang berikut berdasarkan Sukatan Pelajaran, 2004( Integrated Curriculum For Primary School, 2004):

Topic/Learning Area
1) Whole Numbers
a) Numbers to 1 000
b) Addition with the highest total of 1 000
c) Subtraction within the range of 1 000
d) Multiplication within 2,3,4 and 5 Times-tables
e) Division within 2,3,4 and 5 Times-tables

2) Money
a)Money to RM50

3) Time
a) Reading and writing Time
b) Relationship between units of Time
c) Solving Problems involving time

4) Length
a) Introduction to length
b) Measuring and Comparing Lengths

5) Mass
a) Introduction to Mass
b) Measuring and comparing masses

6) Volume of liquid
a) Introduction to Volume Of Liquid
b) Measuring and comparing volumes of liquids

7) Shape and Space
a) Three-Dimensional Shapes(3-D Shapes)
b) Two-Dimensional Shapes(2-D Shapes)

Terdapat tujuh topik yang perlu dipelajari dan dikuasai kemahirannya. Salah satu daripadanya adalah topik ‘Volume Of Liquid” atau Isi padu Cecair. Ianya meliputi pengenalan terhadap konsep isipadu cecair dan bagaimana mengukur dan membanding isi padu cecair. Pada bahagian pengenalan, murid perlu menguasai konsep ‘penuh’, ‘separuh penuh’ dan ‘kosong’. Seterusnya mereka perlu menguasai kemahiran membanding dan membeza isi padu antara dua bekas cecair menggunakan perkataan ‘sama banyak’, ‘lebih daripada’ atau ‘ kurang daripada.’ Selepas itu barulah mereka mempelajari kemahiran membanding dan membeza isi padu menggunakan unit tidak piawai(non-standard unit) yang sama, contohnya gelas, botol atau sebarang bekas yang sama saiznya.

Dalam aktiviti pembelajaran melibatkan isi padu cecair ini, sesetengah murid sering menghadapi masalah dalam membanding dan membeza isi padu cecair apabila ianya melibatkan dua bekas yang berbeza. Mereka akan mengatakan bahawa bekas yang lebih tinggi mengandungi isi padu yang lebih banyak walaupun bekas yang lebih pendek mengandungi isi padu yang lebih banyak. Mereka sering dipengaruhi oleh ketinggian fizikal bekas kerana pengaruh pengetahuan dan pengalaman harian yang lebih bertumpu kepada konsep ketinggian. Situasi ini diperjelaskan dengan melihat contoh-contoh jawapan murid berdasarkan gambar rajah yang ditunjukkan berikut;

Contoh 1 :

Air dalam Botol air lebih banyak daripada air dalam Bekas kontena aiskrim




Oleh yang demikian, kita harus lebih berhati-hati dan lebih teliti dalam usaha untuk menerapkan kefahaman tentang perbezaan isi padu sesuatu bekas. Mereka harus faham bahawa isi padu sesuatu bekas harus diukur menggunakan suatu unit bukan piawai yang sama untuk membuat perbandingan isi padu yang lebih tepat. Selepas itu, barulah mereka diperkenalkan dengan kemahiran mengukur dan membanding berdasarkan unit piawai iaitu unit liter. Pelbagai aktiviti dan pelbagai bahan perlu digunakan untuk membolehkan mereka memahami konsep yang dipelajari.


2.0 BAHAN BANTU MENGAJAR



Bahan bantu mengajar merupakan bahan yang digunakan untuk membantu memudahkan murid untuk memahami konsep yang diajar. Ianya juga membantu dalam memberi pengalaman secara konkrit yang menggalakkan proses pembelajaran. Ianya melibatkan bahan-bahan yang mudah didapati, melibatkan kos yang murah dan dikenali oleh murid dalam kehidupan seharian mereka. Berikut merupakan dua kumpulan bahan-bahan buangan dan kegunaan harian yang diubahsuai menjadi bahan bantu mengajar untuk tajuk Isipadu Cecair:


2.1 BAHAN BANTU MENGAJAR 1




Bahan:

1) Besen
2) Baldi
3) Cawan plastik
4) Jug air
5) Bekas botol minuman(1.5 liter)



2.2 BAHAN BANTU MENGAJAR 2



Bahan :
1. Bekas Kontena Aiskrim
2. Bekas Botol Minuman
3. Bekas Botol Minuman Vitagen
4. Silinder Penyukat 1 liter
5. Borang Dapatan
6. Bekas Botol Air Mineral 500ml


Borang Dapatan.

Isi padu berdasarkan Unit Bukan Piawai (bilangan botol minuman vitagen )

a) Bekas botol minuman = ______________

b) Kontena aiskrim = ______________

c) Botol air mineral = ________________


Sukatan menggunakan silinder penyukat 1 liter

a) Bekas botol minuman = ______________

b) Kontena aiskrim = ______________

c) Botol air mineral = ________________


Rumusan : Alat yang mengandungi air yang paling banyak ialah _______________



3.0 LANGKAH PENGAJARAN


3.1 LANGKAH PENGAJARAN UNTUK MURID CERDAS

Tajuk : Isi padu Cecair
Bilangan Murid : 20 Orang
Masa : 60 minit
Objektif Pengajaran :
Murid akan dapat menyatakan bekas yang mengandungi isi padu yang lebih banyak.

Bahan Bantu Belajar :
1. 4 Kontena aiskrim yang diisikan dengan air
2. 4 Bekas Botol Minuman yang mengandungi air
3. 40 Bekas minuman vitagen
4. 4 Silinder penyukat 1 liter
5. Corong
6. Borang Dapatan

Langkah Pengajaran

a.Guru menunjukkan satu bekas kontena aiskrim dan sebuah bekas botol minuman.

b.Murid dikehendaki meneka bekas yang mengandungi jumlah air yang paling banyak.
( Murid memberi pelbagai jawapan)

c.Guru memberitahu bahawa untuk mengetahui jawapannya, murid akan dibahagikan kepada 4 kumpulan lima-lima dan dibekalkan dengan bahan-bahan yang sama untuk membuat satu ujikaji tentang bekas yang mengandungi lebih banyak air.

d.Guru melantik seorang ketua bagi setiap kumpulan untuk merekod hasil dapatan mereka pada borang yang disediakan.

e.Murid berkumpul dalam kumpulan dan membuat aktiviti mengosongkan bekas aiskrim dengan menuangkan air ke dalam bekas vitagen. Mereka melakukannya secara bergilir-gilir sambil menghitung bilangan bekas vitagen yang telah diisikan dengan air, menyusunnya mengikut baris dan merekodkannya dalam borang yang disediakan. Seterusnya bekas aiskrim diisi semula dan dimasukkan ke dalam silinder penyukat untuk mendapatkan bacaan isipadu bekas dan direkodkan bacaannya.




f. Aktiviti yang sama diulangi untuk air didalam botol minuman dan botol air mineral. Murid akan melihat dan membandingkan bekas yang mengandungi lebih banyak air berdasarkan bilangan botol vitagen yang diisikan dengan air atau barisan botol yang lebih panjang dan juga bacaan menggunakan silinder penyukat.

g)Murid dikehendaki melengkapkan borang dapatan masing-masing dibimbing oleh kawan dalam kumpulan. Seterusnya ketua kumpulan akan membentangkan hasil kerja masing-masing dengan dibimbing oleh guru.



3.2 LANGKAH PENGAJARAN UNTUK MURID LEMAH

Topik : Isipadu Cecair
Murid Terlibat : Murid yang belum menguasai konsep perbandingan isi padu antara bekas yang berbeza.

Objektif pengajaran :

Murid dapat mengenalpasti bekas yang mengandungi isi padu cecair yang lebih banyak.

Alat Bantu Mengajar:

1. Besen 5. 2 Bekas botol air mineral ( 500ml)
2. Baldi 6. 2 Bekas botol minuman ( coca-cola 1 liter )
3. 2 Cawan plastik 7. Baldi berisi air berwarna
4. Jug air 8. Corong


Langkah Pengajaran

Langkah 1:

Guru menunjukkan dua cawan plastik yang sama jenis dan sama besar dan menyoal murid dengan soalan berikut:
a) Mana satu yang mengandungi lebih banyak air?

b)Murid akan memberi pelbagai jawapan.

c)Guru akan menunjukkan bahawa kedua-dua cawan mengandungi jumlah air yang sama banyak dengan menuangkan air ke dalam dua bekas air mineral yang sama besar.

d)Murid akan melihat dan membandingkan paras air pada kedua-dua bekas air mineral yang telah didisikan dengan air dari 2 cawan tadi.

e)Guru menanyakan murid soalan (a) untuk mendengar respon mereka setelah aktiviti (c) dan (d) dijalankan.


Langkah 2:

a)Murid ditunjukkan dengan pelbagai bekas yang berbeza yang disusun dalam satu baris. Murid disuruh memilih satu bekas.

b)Murid dikehendaki menentukan bekas yang boleh mengisi paling banyak air.

c)Setiap murid dipanggil satu-persatu untuk mengisi air ke dalam bekas yang telah dipilih sehingga penuh. Selepas itu mereka menuangkan air tersebut ke dalam bekas botol minuman yang sama jenis dan saiznya. Mereka dikehendaki melihat dan membandingkan paras air tersebut.

d)Murid menentukan bekas siapa yang menang kerana dapat menampung air terbanyak.

Langkah 3:

Aktiviti diulang dengan membuat perbandingan antara 2 bekas berbeza sehingga murid dapat memahami bahawa isi padu sesuatu bekas bukan dipengaruhi oleh ketinggian bekas, sebaliknya ia perlu diukur dengan satu unit bukan piawai yang sama.

Langkah 4:

Murid menyatakan bekas yang boleh menampung jumlah air yang lebih banyak dengan betul berdasarkan bekas-bekas yang ditunjukkan oleh guru sebagai penilaian.



4.0 RUMUSAN

Berdasarkan dua aktiviti pembelajaran yang telah dirancang, kita boleh katakan bahawa pembelajaran yang berkesan dan menarik haruslah melalui pengalaman. Murid perlu melihat, memegang bahan yang digunakan dan melakukan aktiviti perbandingan dan sukatan bagi memudahkan mereka memahami konsep yang ingin dipelajari. Pelbagai bahan di persekitaran boleh digunakan tanpa memerlukan kos kerana semuanya merupakan bahan buangan dan keperluan yang telah diubahsuai penggunaanya. Selain dari menjimatkan kos, ianya juga selamat digunakan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.





5.0 VIDEO MENUNJUKKAN CARA MENGUKUR ISI PADU CECAIR


Berikut merupakan contoh video yang boleh dipertontonkan sebagai aktiviti pengukuhan untuk pengetahuan tambahan murid.
Video


value="http://www.youtube.com/v/iPkZlce84ag?fs=1&hl=en_US">





BIBLIOGRAFI


Anne Toh.(2005). Mathematics Primary Mastery Activity Worksheets. Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Murugiah, V., dan Kao, T. K.(2010). HBMT2103 Teaching Mathematics In Year Two. Kuala Lumpur: Open University Malaysia

Integrated Curriculum for Primary Schools: Curriculum Specifications: Mathematics Year 2.(2004). Kuala Lumpur: Ministry Of Education Malaysia.

Teen. P. C. (2008)Glosary For Mathematics Primary School. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

http://www.youtube.com/watch?v=iPkZlce84ag